Beranda Info Grafis 5 Sebab UTAMA Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Jadi PM ke-8...

5 Sebab UTAMA Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Jadi PM ke-8 Pada Mei 2020

Edy Noor Reduan

1. Rancangan Malaysia Ke-12
Persiapan untuk Rancangan Malaysia ke-12 yang akan menjadi panduan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025, dijangka akan dibentang pada September 2020.

2. APEC Malaysia 2020
Dunia pastinya sangat teruja untuk hadir ke Persidangan APEC 2020 disambut oleh ‘brand new’ PM, yang mempunyai hubungan luar yang cemerlang di mata dunia.

3. Pembentangan Bajet 2021
Harus beri ruang kepada Anwar Ibrahim untuk memacu negara mengikut acuannya selaku pemegang rekod Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dulu.

4. Kestabilan politik dan seterusnya menstabilkan ekonomi negara
Pelabur luar khususnya negara kaya dari Arab, Turkey dan Eropah menanti detik DSAI menjadi PM untuk menyuntik pelaburan berskala besar, atas nama DSAI yang mereka yakini.

5. Agenda Reformasi Total
Reformasi yang tuntas merupakan agenda penting yang tidak boleh ditangguhkan. Reformasi sistem, polisi dasar, ekonomi dan sosial, tanahair ini perlu penjajaran di banyak sektor.

“Lebih cepat DSAI menjadi PM8, maka lebih lekaslah nasib rakyat dibela dengan polisi ekonomi beliau yang mendahulukan rakyat. Anwar Ibrahim begitu obses untuk membantu marhein di bawah, membasmi kemiskinan, inilah naratif wajib dalam setiap ucapan beliau”

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

Source:
Editor: Alvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here