Home Politik Abdul Hadi: Ada Manusia Jadi Makhluk Perosak Lebih Sesat

Abdul Hadi: Ada Manusia Jadi Makhluk Perosak Lebih Sesat

Kuala Lumpur, MI: Sehari selepas menyindir pihak yang ‘hilang kuasa’ sebagai panglima ayam jantan kuat berkokok berhubung isu pelarian Rohingya, Presiden Pas hari ini meneruskan lagi perlambangan haiwannya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisannya bertajuk “Tarbiah Ramadan: Jangan melompat ke luar tabii” kali ini mengaitkan pula dengan sifat makhluk perosak.

Menurutnya, ‘makhluk perosak’ itu memilih pendekatan mencari keburukan atau kesilapan orang lain bagi tujuan menjatuhkan dan mengaibkan pihak lain.

“Ya! Terdapat manusia yang menjadi makhluk perosak, bahkan lebih sesat daripada binatang yang mencuri buah-buahan yang terbaik.

“Mereka memilih pendekatan mencari keburukan atau kesilapan orang lain untuk menjatuhkan dan mengaibkannya.

“Lebih teruk lagi ada manusia yang tidak tahu mencari kebenaran, sebaliknya hanya mencari keburukan dan kerosakan sahaja, sehingga memejamkan mata terhadap perkara yang positif,” dipetik dari lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Lanjut beliau menyifatkan mereka terbabit mengintai perkara negatif yang timbul dan mencari setiap kelemahan untuk memburukkan lagi keadaan, bukannya mengkritik untuk menasihat dan membina.

Abdul Hadi yang Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri itu berkata, ‘makhluk perosak’ itu juga memilih setiap maklumat berpandukan teori barat yang menjadi kebanggaan mereka iaitu matlamat menghalalkan cara.

“Pada hari ini dengan menggunakan media yang paling canggih, mereka sanggup mematahkan yang bengkok, menghancurkan yang retak, merebahkan yang condong, sehingga menyiram minyak ketika terbakar supaya menjadi lebih merebak,” bidalannya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ajaran Islam yang menekankan kepentingan melihat setiap kebaikan daripada semua pihak tanpa memilih kawan atau lawan.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here