Beranda Nasional Agong: Rakyat Diseru Patuh Garis Panduan dan Berdisiplin

Agong: Rakyat Diseru Patuh Garis Panduan dan Berdisiplin

Kuala Lumpur, MI: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan pembukaan semula lebih banyak sektor, hari ini.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Seruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, TABIKA serta TADIKA kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi mulai hari ini,” menurut hantaran itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini, menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi, termasuk subsektor pelancongan, dibenarkan beroperasi semula.[bernama]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here