Home Opini AHMAD SAID TAZKIRAH ULAMA PAS

AHMAD SAID TAZKIRAH ULAMA PAS

AHMAD SAID TAZKIRAH ULAMA PAS

Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi tazkirah kepada PAS susulan cadangan PAS Wilayah Persekutuan supaya kerajaan negeri yang dipimpin parti itu menganugerahkan pangkat atau gelaran Datuk kepada pemimpin-pemimpin dalam PAS.

Menerusi hantaran Facebook, bekas Menteri Besar Terengganu itu, beliau menyertakan sepotong ayat al-Quran berhubung cadangan diutarakan ahli PAS itu.

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),” katanya dipetik.

Terdahulu, Perwakilan Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud berkata, penganugerahan itu perlu diberikan kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Yang Di-Pertua Kawasan, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bagi menarik sokongan rakyat.

Abdul Rani ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Mukatamar Tahunan PAS kali ke-66 berkata, cadangan tersebut diyakini dapat memberi rasa hormat dan keterujaan kepada masyarakat setempat terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki pangkat.

“Kita mahu menarik sokongan mereka kepada PAS. Perlu diakui rakyat sangat menghormati dan teruja dengan pemimpin-pemimpin mereka apatah lagi gelaran dan pangkat dimiliki.

“Rakyat mengikut agama pemimpin-pemimpin mereka,” katanya lagi sambil meyakini cadangan tersebut akan disokong oleh Timbalan Pengerusi Tetap.

Bagaimana pun, Malaysia Dateline mendapati kenyataan tersebut telah dipadam oleh lidah rasmi PAS, Harakahdaily yang membuat laporan mengenai perkara itu.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here