Home Politik AMANAH Cadang Bubar Sahaja Pas

AMANAH Cadang Bubar Sahaja Pas

Kuala Lumpur, MI: Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Abdul Samad, menyindir bahawa Pas boleh sahaja membubarkan parti mereka dan menyertai Umno, jika mereka mahu mengurangkan jumlah parti Melayu.

Ia susulan kekhuatiran Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, yang mendakwa penubuhan parti Melayu di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus memecah belahkan Melayu.

Tambah pula Khalid berkata, tiada beza lagi antara Umno dan Pas oleh kerana mereka bekerjasama dengan baik termasuklah menerima isu-isu besar seperti rasuah dan salahguna kuasa.

“Kalau dilihat masalah serius, harap Pas berkorban.

“Pas boleh sahaja bubar dan bersama Umno. Kurangkan balik jumlah parti Melayu.

“Lagipun tak nampak dah apa-apa perbezaan sekarang. Perkauman ok, rasuah ok, salah guna kuasa ok. Nama je beza. Semua boleh bertaubat kemudian,” sindirnya dalam satu ciapan Twitternya hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin mendakwa, pengalaman beliau bersama Tun Mahathir, menyaksikan bekas Perdana Menteri itu seringkali menimbulkan isu perpecahan orang Melayu.

Katanya, bekas Pengerusi Bersatu itu mempunyai pengikut sendiri dan kemungkinan akan menyebabkan Melayu semakin berpecah.[md]

 

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here