Home Opini ANNUAR MUSA AKAN MASUK BERSATU?

ANNUAR MUSA AKAN MASUK BERSATU?

MUNGKINKAH HANYA GABUNGAN UMNO – PAS HADAPI PRU 15?

MSO

Puas duduk saja…saya nak bagi pencerahan kepada parti agama Pam mengenai kedudukan Umno dan masa depan parti itu dalam gabungan Muafakat Nasional. Dengan mengambil kira apa yang diperkatakan oleh Annuar Musa menunjukkan parti itu masih belum ada keputusan konkrit dan MN pun kabur.

Secara mudah Umno kini terbelah kepada tiga. Jika dibahagikan tiga dengan jumlah kerusi yang parti itu ada kini bermakna setiap kumpulan ada antara 8 hingga ke 10 kerusi sahaja di parlimen.

Untuk diperincikan secara mudah kumpulan-kumpulan itu diketuai oleh Annuar Musa sendiri, diketuai oleh Najib Razak dan diketuai oleh timbalan presiden Mohamad Hassan.

Antara orang (Yb) yang boleh disimpulkan dalam kumpulan Najib termasuk Zahid Hamidi, manakala dalam kumpulan Annuar, Hishammuddin Hussein, dalam kumpulan Mohamad Hassan mereka yang berada dalam kerajaan dan parlimen. Shahrir Samad, Khaled Nordin, Jazlan Mohamed dipercayai bersama Mohamad Hassan. Khairy macam mana, budak tu sudah lama hanyut dalam khayalan indah.

Dengan pecahan ini agak sukar untuk Pas meneruskan kerjasama dengan Umno. Jadi sebaik-baik buat Pas ialah membuat penetapan awal-awal mereka kena bulat bergentel dengan Bersatu.

Saya membayangkan senario dalam Umno kini khususnya delima dihadapi Annuar Musa boleh menyebabkan ahli Parlimen Ketereh itu akan mengambil tindakan sedikit mengejutkan. Dia akan meninggalkan Umno untuk menyokong atau bersama Bersatu?

Tetapi apakah yang beliau harapkan dalam Bersatu itu, apakah jawatan timbalan perdana menteri? Tidak mungkin kerana jawatan ia sudah dicop oleh Minrit. Kalau Annuar joint Bersatu pun demi bangsa dan agama, al maklumlah Belalang… siapa tidak kenal Annuar Musa.

Jadi permainan Annuar kini adalah permainan last game, kedudukannya tampaknya sama seperti OT95 yang memasang jerat dan tersaut kaki sendiri. Terkinja-kinja keseorangan di jerung dinding. Selamat beristirehat sore.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here