Home Politik Anwar Ibrahim Dipanggil ke Bukit Aman Jumaat Ini

Anwar Ibrahim Dipanggil ke Bukit Aman Jumaat Ini

Selesai menghadap, Anwar enggan beri komen, sidang media petang ini

Kuala Lumpur, MI | Presiden PKR, Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok berhubung senarai ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, pihak polis setakat ini menerima sebanyak 113 laporan mengenai perkara itu.

“PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini.

“Sehubungan itu, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir mmeberi keterangan pada 16 Pktober 2020 di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.[mk]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here