Home Politik Anwar: Semangat dalam PH Jangan Dirungkai

Anwar: Semangat dalam PH Jangan Dirungkai

Kuala Lumpur, MI – “Kita harus kembali kepada landasan perjuangan,” demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai gesaan kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP agar tidak bergantung di dahan yang rapuh yang akhirnya menekan PH.

“Semangat dalam Pakatan Harapan jangan dirungkai, jangan terdesak bergantung pada dahan rapuh yang menekan kita.

“Perkukuhkan Pakatan Harapan, DAP, AMANAH dan Keadilan serangkai satu keluarga yang mantap dan kuat kerana kita sudah berjuang puluhan tahun,” katanya.

Beliau turut menyeru rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan kekal dengan mandat rakyat bukan soal calon Perdana Menteri sahaja.

“Yang lebih penting adalah mandat rakyat, kembalikan negara ini adil dan terjamin terutama golongan miskin yang teringgir di pedalaman sama ada Semananjung Sabah dan Sarawak.

“Ya, kaum yang paling ramai miskin dan tersisih adalah Melayu dan Bumiputera, apa salahnya guna pendekatan yang miskin semua adalah manusia. Saya tidak mengizinkan untuk tindas mana-mana kelompok,” tegasnya.

Beliau percaya AMANAH dan DAP tidak pernag mempertikaikan mandat rakyat walaupun ada kalanya belaku perbezaan pendapat dan keengganan sesetengah pihak untuk menerima ianya satu kebiasaan.

“Ini tidak harus jejaskan hubungan, PKR turut berpandangan mesti pegang pada mandat rakyat PRU14.

“Tidak boleh kita terdedah atau masih lagi serah tengkuk dan diheret ke sana sini, gaduh dan ikut suka nak calon siapa…ini bukan kita dalam Pakatan Harapan.

“Kesan dari pertemuan DAP, AMANAH dan Keadilan saya fikir kita terus kembali fokus kepada perjuangan rakyat iaitu kemiskinan.

“Dalam sidang Parlimen kita kena tegas pertahankan kedudukan Speaker yang diplih secara sah..guna masa untuk pertahankan hak rakyat,” katanya.

Justeru beliau menyeru rakan-rakan di dalam PKR kembali kepada perjuangan sebenar dan hentikan pergeseran sebaliknya bawa Malaysia ke era baharu yang adil dan terjamin.[mk]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here