Home Parti Azmin umum keluar PKR?

Azmin umum keluar PKR?

TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa lagi ahli parti itu dijangka membuat pengumuman meninggalkan PKR hari ini.

Harian Metro difahamkan, ketika ini berlangsung mesyuarat tertutup parti itu dihadiri Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Turut hadir Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi mewakili parti itu.

Bagaimanapun, tidak pasti pengumuman akan diadakan sekitar jam berapa namun dipercayai di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Spekulasi pemimpin kanan itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik.

Ketika ini, beberapa pemimpin kanan PKR yang dilihat setia dengan Azmin sedang bermesyuarat di hotel mewah berkenaan.

Antara yang kelihatan Menteri Kerja Raya Baru Bian, Ahli Parlimen Beluran Datuk Sri Dr Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamaruddin Jaffar dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Sumber juga memberitahu Harian Metro, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini untuk pensejajaran semula kekuasaan.

Source: sinarharian
Editor: Alvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here