Home Opini CADANGAN DARURAT SEBAB KERAJAAN DAH TAK ADA DUIT?

CADANGAN DARURAT SEBAB KERAJAAN DAH TAK ADA DUIT?

USUL BAYAR GAJI MENTERI, PN PUSING IKUT LAIN?

Ipohmali

Dalam Parlimen didedahkan dalam unjuran pendapatan, Duit dari sumber KWAP, atau duit simpanan pencen rakyat digunakan dan diletakkan sebagai pendapatan Kerajaan.. RM 5 Billion digunakan dalam perbelanjaan tahun 2020..dan RM 5 Billion bagi tahun 2021.. Ds Anwar menimbulkan kenapa ia tidak diterbitkan sebagai Bon atau Sukuk.. itu belum masuk sumber yang depa dapat dari Petronas..

Jadi betul tak aku sebut sebelum ini..antara tujuan besar Dharurat, Bukan hanya menyentuh soal Politik.. tetapi ia melibatkan keperluan Kewangan yang terdesak.. senang depa tibai duit tabungan Rakyat..Jadi tak hairan kalau sudah tidak cukup sumber untuk rakyat keluarkan duit mereka sendiri di KWSP..

Lebih teruk lebih RM 1 Billion peruntukan dalam kementerian Kesihatan diletakkan dibawah perbelanjaan Pembagunan.. Nampak tak bagaimana silap mata depa.. diumumkan dinaikkan Bantuan kepada pesawah, tetapi peruntukan bukan meningkat tetapi menurun…Disebutkan RM 3 Billion untuk Vaksin, sedang tidak disebutkan dalam mana mana peruntukan dibawah perbelanjaan..

Tu sebab sebelum ni aku tegur Menteri Agama.. Jangan bersilat lidah nak mempertahankan ketiadaan peruntukan untuk Pondok dan tahfiz seperti zaman PH yang diperuntukkan RM 100 Juta, Kononnya memberi alasan pertambahan peruntukan untuk JAKIM dengan peruntukan RM 1.4 Billion..

tak disebutkan.. Sebelum ini Kenaikan elaun guru KAFA melibatkan kos RM 46 juta, Bonus untuk guru takmir ,Imam dan Bilal juga diumumkan sebagai tambahan peruntukan dan hari ini diletakkan dibawah JAKIM.. jadi apa jaminan ada pertambahan..Sebenarnya tidak ada..

Itu sebabnya Jadi Menteri ini bukan kena Alim 4 Mazhab..Kena faham ilmu Hadis atau tafsir..faham soal pentadbiran.. Kadang kadang kita berasa pandai..Tetapi sebenarnya Jahil.. kamu mampu petik berpuluh matan hadis dan kaitannya dengan Wabak, Sedangkan diri kamu sendiri tak patuhi SOP.. Itu lah gambaran Ruwaibidhah.. Orang yg jahil bercakap urusan masyarakat..

Tidak hanya Unjuran disebut tidak realistik dari sudut Defisit, Unjuran Pendapatan dari cukai….hatta Perbelanjaan yang disebutkan tidak masuk akal.. Terutama melibatkan peruntukan dalam Kementerian Kesihatan.. Tak lama lagi, boleh jadi kualiti perkhidmatan kesihatan akan terjejas teruk…

jadi apa yang kita faham akan berlaku akan datang.. Kementerian Kementerian tak punya wang seperti peruntukan yang disebutkan.. Kontraktor dan Syarikat yang bergantung kepada Projek projek dan Pembekalan kementerian akan kehilangan peluang perniagaan dan sumber pendapatan.. akan berlaku kegagalan pembayaran kepada kontraktor..

Belanjawan negara akan senasib seperti Belanjawan lebai di Kelantan..Mereka menyebut tentang hasil yang bukan datang dari hasil sebenar..tetapi hasil bukan dari hasil cukai… disebutkan Lebihan hasil kononnya, tetapi hakikatnya tak pernah cukup duit untuk bayar elaun guru Quran..dan tak cukup duit untuk bayar gaji Kakitangan Awam di Kelantan.. Sebab apa ? sebab pendapatan yang kononnya disebutkan diatas kertas itu hanya fantasi.. Realitinya rakyat merempat di kelantan..

Nampaknya banyak lagi Tabungan rakyat akan ditebuk.. Bukan takat tebuk atap.. Nampak istilah yg diperkenalkan Haji Hadi..Benar benar berlaku.. Pentadbiran Malaysia hari ini dah jadi seperti Lebai urus Negeri kelantan..Inilah gambaran kelompok Ruwaibidhah.. 🙂

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here