Home Politik Dakwa Guang Eng Proses Biasa, Tapi Kes 46 Pertuduhan Digugurkan Serta Merta

Dakwa Guang Eng Proses Biasa, Tapi Kes 46 Pertuduhan Digugurkan Serta Merta

Kuala Lumpur, MI: Presiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan pendakwaan terhadap Lim Guang Eng adalah suatu proses biasa dalam perjalanan sistem perundangan.

Malangnya, kata beliau, pada hari ini berlaku sesuatu yang meragukan apabila bekas Ketua Menteri Sabah yang didakwa dengan 46 tuduhan digugurkan kesnya serta merta tanpa dibicarakan.

“Ia menimbulkan suatu kehairanan terhadap prinsip The Rules of Law di Malaysia apabila berlaku pendakwaan terpilih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau juga yakin saudara Lim Guang Eng tabah menghadapi segala bentuk ujian yang dikenakan kepada beliau dalam perjuangan politik yang beliau yakini untuk memertabatkan kedaulatan undang undang dan membina kemakmuran negara.

“Beliau pernah ditahan ISA dalam usia 20-an dan dipenjarakan pada tahun 1997 serta beberapa kali lagi ditahan dalam pelbagai kes.

“Semoga generasi akan datang berupaya menyelamatkan Malaysia dan kembali menegakkan kedaulatan undang undang dengan sebaiknya,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.30 malam Khamis berhubung kes terowong dasar laut di Pulau Pihang.

Selain itu, Guan Eng juga dimaklumkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama pada 11 Ogos ini bagi kes berlainan pula.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here