Home Politik Demi Kestabilan, Baik Bubarkan Saja Dun Sabah

Demi Kestabilan, Baik Bubarkan Saja Dun Sabah

KUALA LUMPUR 06 MARCH 2017. Suasana baru didalam Dewan Rakyat selepas menjalani proses pengubahsuaian pada Majlis Istiadat Pembukaan Penggal ke 5 Majlis Parlimen Yang Ketiga Belas 2017 di bangunan Parlimen. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur, MI: Keadaan politik sekarang adalah kritikal. Samada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri-negeri. Tidak terkecuali Kerajaan Sabah. Kerajaan yg dibentuk sudah tidak setabil.

Cubaan demi cubaan oleh kumpulan yg hilang kuasa untuk berkuasa semula menggunakan strategi beli wakil rakyat, menekan, mengugut dan menggunakan berbagai cara supaya kerajaan tidak setabil.

Keadaan ini membuat para petugas, kaki tangan kerajaan, golongan professional, peniaga dan pelabur tidak fokus dan bimbang. Keadaan ini tidak baik untuk semua, ekonomi dan kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Keadaan ini berlaku adalah akibat dari para Adun yang tidak mementingkan tugas dan khidmat untuk rakyat, tetapi lebih kepada perjuangan diri, wang, keselesaan dan kedudukan.

Sebab itu mereka sanggup meletakkan diri mereka sebagai komoditi. Rakyat keseluruhan benci dengan keadaan sebegini.

Bilangan Adun Sabah sekarang adalah 60 dipilih + 5 dilantik= 65.

Keadaan sekarang, bila ada Adun melompat, majoriti Adun mantan dari BN, keadaan jadi 50/50 atau majoriti jadi 1 atau 2 kerusi sahaja samada Warisan atau BN.

Keradaan ini tidak setabil, atas pandangan dan nasihat rakyat dibawah, penjawat awam, golongan professional, peniaga dan pelabur, adalah lebih baik bubar Dun dan serah semula kepada rakyat untuk menentukan siapa yg ada mandat memerintah.

Keadaan yang lebih kurang sama berlaku PRU Sabah tahun 1985, bila PBS ada 25 kerusi dan USNO+ Berjaya ada 23 kerusi. Dun ada 48 kerusi masa itu. Kerajaan PBS cuma ada majoriti 2 kerusi. Keadaan tidak setabil dan ada rusuhan dan tidak setabil.

Keadaan itu tidak baik untuk ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

PBS bubarkan Dun walau baru memerintah 10 bulan dan adakan pilihanraya semula. Keputusannya PBS menang besar dua pertiga dan membentuk kerajaan yang setabil.

Keadaan sekarang lebih kurang sama.

Saya yakin rakyat, kakitangan awam, golongan professional, peniaga dan pelabur mahu mandat baru.

Saya yakin rakyat akan mengundi Warisan sebagai parti tempatan dan beri mandat baru supaya boleh urus negeri dan menunaikan apa yg dirancang.
_________________________________________________________________
Penulis adalah Menteri Pendidikan Sabah.

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here