Home Nasional ‘Demokrasi Negara Mati Terkubur’

‘Demokrasi Negara Mati Terkubur’

Kuala Lumpur, MI: Demokrasi yang selama ini menjadi asas kepada negara kini dianggap sebagai sudah terkubur.

Mengulas perkara itu, Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata demokrasi yang selama ini tertegak di negara ini kini menjadi korban akibat dari tindakan sesetengah ahli politik yang bertindak melompat parti.

Katanya, tindakan tersebut secara langsung telah meranapkan harapan rakyat yang selama ini mengharapkan kerajaan terbentuk hasil dari suara mereka.

“Tindakan melompat parti ini akan merugikan semua pihak dan yang paling teruk terjejas adalah rakyat yang selama ini mengharapkan sesuatu yang baik dari sistem demokrasi.

“Perkara asas seperti demokrasi yang diamalkan di negara ini telah mati dan sekiranya ada pilihanraya pastinya wakil rakyat yang menang akan mampu mengubah haluan mereka di tengah jalan kerana sudah ada rujukan seperti yang berlaku hari ini.

“Kita tidak mahu suara rakyat terus dikebelakangkan dan kita mahu ia menjadi mandat utuh kepada institusi pemerintahan di negara ini, itu harapan saya,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Adun Perling, Cheo Yee How berkata sudah tiba masanya akta lompat parti yang pernah dibawa beliau perlu dikuat kuasakan bagi menbendung tindakan sesetengah wakil rakyat yang mahu melompat parti.

Jelasnya, tindakan yang merosakkan sistem negara seperti demokrasi perlu diperhatikan secara serius kerana ia adalah suara rakyat teramai.

“Kita lihat bagaimana rakyat sebelum ini menunjukkan sikap untuk berhadapan dengan kerajaan yang baharu namun ianya telah dicemarkan oleh pemimpin yang mahukan kuasa sehingga membelakangkan suara demokrasi pilihan rakyat.

“Usul untuk mewujudkan akta lompat parti ini pernah dibawa saya ke dalam sidang Dun Johor dan perkara tersebut telah dibincang. Kini sudah tiba masanya perkara itu perlu disemak semula bagi mengukuhkan lagi serta mempertahankan demokrasi yang sedia wujud.

“Kalau kita perhatikan perkara ini bagaimana sekiranya pada PRU akan datang satu pihak menang dan kemenangan itu boleh dikhianat lagi dengan tindakan wakil rakyat yang membuat tindakan melompat parti.

“Sebelum ini kita pernah lihat perkara ini terjadi ketika Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Perak dan pemerintahan tersebut gugur akibat dari Adun yang melompat parti. Hari ini kita lihat pula bagaimana negara kita boleh berubah kerajaan dengan tindakan yang sama,” jelasnya lagi.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here