Home Pelbagai Dr Amalina Diserang ‘Tweet’ Kes Mmenteri Kesihatan ‘Air Suam’

Dr Amalina Diserang ‘Tweet’ Kes Mmenteri Kesihatan ‘Air Suam’

Kuala Lumpur, MI: Doktor pakar bedah, Dr Amalina Bakri diserang tentera siber selepas menyangkal ‘petua’ air suam Menteri Kesihatan yang dikatakan boleh mematikan virus Covid-19.

Dr Amalina dalam satu siri tweet memberitahu, beliau diserang oleh tentera siber politik selepas memberi respons terhadap kenyataan yang dibuat Dr Adham Baba dua hari lalu.

“Tentera siber politik menyerang saya kerana memberikan maklumat perubatan berasaskan bukti sama macam pakar lain serta virologi dari negara lain, dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) yang bercakap mengenai perkara yang sama.

“Mengapa kamu tak menyerang mereka? Sebab saya adalah sasaran yang mudah?” tulisnya di twitter petang tadi.

Terdahulu, ketika wawancara di saluran televisyen RTM TV1 pada 19 Mac, Adham menasihatkan orang ramai untuk minum air suam sebagai petua menghalang jangkitan Covid-19.

Katanya, virus berkenaan tidak tahan dalam keadaan panas dan akan dinyahkan di perut oleh kerana asid yang berada di dalam perut.

Dr Amalina sebelum itu berkata, ia bukannya nasihat doktor dan tiada bukti di sebalik syor berkenaan.

Sementara itu, dalam kicauan seterusnya di twitternya hari ini, Amalina berkata, beliau tidak akan melayan permainan politik dan meminta semua untuk memberi tumpuan pada pandemik yang berlaku ketika ini.

“Maaf, saya tak ada masa untuk permainan politik anda. Kekal fokus untuk melawan pandemik ini. Saya banyak lagi perkara lain yang perlu diselesaikan. Terus gerak kehadapan dan jaga keselamatan semua orang,” ciapnya.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here