Beranda Politik Gerakan: PH Hanya Fokus Perebutan Kuasa

Gerakan: PH Hanya Fokus Perebutan Kuasa

Kuala Lumpur, MI: Pakatan Harapan dilihat hanya fokus kepada perebutan kuasa di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak pernah mengambil berat terhadap isu siapakah yang lebih layak dan mampu menggalas jawatan Perdana Menteri.

Menurut Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau kemampuan seseorang pemimpin menjadi Perdana Menteri sangat penting kerana ianya menjamin kestabilan negara.

“Hari ini kita nampak Pakatan Harapan masih lagi sibuk untuk merebut kuasa yang nampak hujah bagi Pakatan Harapan ini adalah siapa akan menjadi Perdana Menteri, ini fokus mereka.

“Tetapi mereka tidak bincang siapa ada kemampuan menjadi Perdana Menteri, mereka hanya bincang siapa akan jadi Perdana Menteri, Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di Menara PGRM hari ini.

Beliau terdahulu berkata Gerakan prihatin terhadap perkembangan terkini ekonomi negara apabila dijangkakan kadar pengangguran akan meningkat selain banyak sektor itu yang terjejas akibat Covid-19.

Justeru katanya kestabilan politik adalah antara jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi memapan semula ekonomi apatah lagi ketika negara kini berada dalam fasa pemulihan selepas dilanda pandemik Covid-19.

Seorang Perdana Menteri ujar Dominic lagi, perlu menangani isu semasa negara dengan baik.

Sehubungan itu beliau melihat kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan patut disokong, sama seperti pendirian Gerakan.

Baru-baru ini DAP menyatakan sokongan kepada Tun M untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Begitu juga dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang melihat Tun layak terus memimpin PH. Berbeza dengan PKR yang menolak Tun M sebaliknya kekal menyatakan sokongan penuh kepada Anwar.

Ini jelas menunjukkan Pakatan Harapan sehingga kini masih belum selesai untuk memuktamadkan isu jawatan tersebut.[mg]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here