Home Nasional Kerajaan perlu suntik RM2.1 bilion untuk selamatkan MAS

Kerajaan perlu suntik RM2.1 bilion untuk selamatkan MAS

Malaysia Airlines Berhad dilaporkan meminta suntikan tunai “besar-besaran” daripada kerajaan ketika rundingan penstrukturan semula hutang dengan pemiutang diteruskan.

Menurut Reuters yang memetik laporan The Edge Weekly hari ini, syarikat penerbangan negara itu mungkin meminta bantuan kewangan sebanyak RM2.1 bilion daripada pemegang saham tunggalnya, Khazanah Nasional.

Malaysia Airlines tidak mendedahkan kepada akhbar itu mereka sebenarnya meminta berapa banyak tunai daripada kerajaan, tetapi laporan itu memetik sumber sebagai berkata, ia mungkin adalah jumlah itu.

Menurut laporan itu, Malaysia Airlines atau Khazanah tidak memberi respons kepada permintaan agensi berita itu untuk mengulas perkara berkenaan.

Bulan lalu, Reuters melaporkan Khazanah memberi amaran kepada Malaysia Airlines yang ia akan berhenti membiayai kumpulan itu dan memaksanya menghentikan operasi, jika rundingan penstrukturan semula dengan pemberi pajak gagal.

Sebelum ini, Khazanah menyuntik berbilion ringgit untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Kali ini, kerajaan belum memberi komitmen untuk menyelamatkan syarikat itu ketika perdebatan mengenai cara menyelamatkannya berterusan.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail menerusi satu memo kakitangan berkata, rundingan penstrukturan semula mengambil masa lebih lama daripada yang dirancang.

The Edge melaporkan rundingan itu di peringkat akhir dan ia menyasarkan untuk mencapai perjanjian komersial pada awal Disember.

Berita penuh : FMT

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here