Beranda Internasional Kini, AS Sentuh 5.000 Angka Kematian Akibat Pandemik Covid-19

Kini, AS Sentuh 5.000 Angka Kematian Akibat Pandemik Covid-19

Kuala Lumpur, MI: Lebih 5,000 kematian akibat pandemik koronavirus direkodkan di Amerika Syarikat, menurut John Hopkins University.

Setakat pagi ini, 5,116 orang dilaporkan maut iaitu hari yang sama negara berkenaan menetapkan rekod satu hari sebanyak 884 orang yang maut dalam masa 24 jam.

Angka kematian di AS lebih rendah berbanding Itali dan Sepanyol namun mengatasi jumlah yang dicatatkan di China sebanyak 3,316.

Menurut John Hopkins, AS mendahului negara lain di dunia bagi jumkah jangkitan baharu koronavirus dengan 215,417 kes.

Presiden Donald Trump yang sebelum ini hanya memandang rendah impak pandemik itu kepada AS berkata, “kita akan berdepan tempoh dua minggu yang amat memeritkan terutamanya dalam beberapa hari akan datang.”

Ahad lalu, saintis AS Anthony Fauci mengeluarkan ramalan bahawa koronavirus boleh meragut 100,000 hingga 200,000 nyawa di negara itu. [afp]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here