Home Politik Laksana PKPB, Mad Sabu: Tiada Alasan Halang Parlimen Bersidang Penuh

Laksana PKPB, Mad Sabu: Tiada Alasan Halang Parlimen Bersidang Penuh

Kuala Lumpur, MI: Pakatan Harapan menggesa agar kerajaan segera melaksanakan sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan sekurang-kurangnya hingga dua minggu.

Ia susulan keputusan kerajaan yang melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan antara Pakatan Harapan, Bersatu dan Warisan, keputusan tersebut memperlihatkan bahawa pada perkiraan kerajaan, wabak Covid-19 semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagi maksud perjalanan sidang Parlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai pelitup muka, serta melakukan saringan Covid-19 bagi ahli-ahli Parlimen.

KUALA LUMPUR 06 MARCH 2017. Suasana baru didalam Dewan Rakyat selepas menjalani proses pengubahsuaian pada Majlis Istiadat Pembukaan Penggal ke 5 Majlis Parlimen Yang Ketiga Belas 2017 di bangunan Parlimen. NSTP/ASYRAF HAMZAH

“Memandangkan Parlimen telah memutuskan SOP bagi membolehkan persidangan pada 18 Mei diadakan dengan banyak aktiviti sudah mula dibenarkan bersyarat, maka sebenarnya tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebih dari sehari yang telah diumumkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat bersama antara Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam kenyataan itu, pembangkang juga menegaskan bahawa persidangan yang lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam, serta membolehkan ahli Jemaah Menteri melaksanakan agenda legislatif Kementerian masing-masing.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here