Beranda Internasional Lebih 2 juta orang dijangkiti Covid-19 di Amerika

Lebih 2 juta orang dijangkiti Covid-19 di Amerika

Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi dua juta pada Rabu malam mencecah 2,000,464, memetik data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut data itu lagi angka korban juga terus meningkat kepada 112,924.

New York kekal negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan 380,156 kes dan 30,542 kematian.

New Jersey, California, Illinois, dan Massachusetts pula masing-masing mencatatkan kes melebihi 100,000.

Menurut The Washington Post, sejak awal Jun, puluhan negeri di AS, termasuk Texas dan California, rata-ratanya mencatatkan kes COVID-19 tertinggi, sebahagiannya disebabkan protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd.

– Bernama

Source: Bernama
Editor: Alvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here