Beranda Nasional MCA Anti Jawi guna Mandarin Hasut Orang Cina Kini dalam Kerajaan PN

MCA Anti Jawi guna Mandarin Hasut Orang Cina Kini dalam Kerajaan PN

Kuala Lumpur, MI: MCA tahun lalu secara terbuka menentang pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular tetapi tahun ini sudah menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Aktivis Adrian Lim Chee En mendedahkan parti komponen BN itu bersikap licik dalam menghasut komuniti Cina berhubung cadangan polisi tersebut melalui penggunaan bahasa Mandarin. Beliau turut mengemukakan penterjemahan bagi 10 laporan berita berkaitan sebagai bukti.

“MCA ini licik. Apabila dia nak hasut orang Cina, dia siar kenyataan dalam Mandarin agar orang Melayu tidak faham. Jadi, saya bantu terjemahkan kenyataan-kenyataan anti-Jawi dari MCA untuk bantu sahabat-sahabat Melayu saya faham apa hasutan mereka,” katanya.

Adrian berkata antara pemimpin MCA yang kelihatan memegang kain rentang anti tulisan Jawi itu ialah Wee Ka Siong yang kini Menteri Pengangkutan dan Mah Hang Soon yang sekarang Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut berbuat demikian Tan Teik Chang yang kini Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan Chong Sin Woon yang sekarang dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.

“Oleh sebab saya bercakap benar, kejap lagi saya akan dituduh ‘pengkhianat bangsa Cina’ oleh penyokong-penyokong tegar MCA,” sinisnya.

Berikut 10 pautan laporan terbabit dan pembaca, tambah Adrian, boleh memahami maksud berita dalam bahasa Mandarin itu melalui terjemahan Google:

1. “MCA dan masyarakat Cina berdiri teguh, tolak sekeras-kerasnya pengenalan seni khat dalam silibus pendidikan SJK (C)” – kain rentang yang dipegang oleh Wee Ka Siong (Presiden MCA) & Mah Hang Soon (Pengerusi MCA Perak)
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/…/uploads/2019/08/190804gn01.jpg)

2. “Seni khat ‘mencabul’ pendidikan SJK (C) sudah masanya masyarakat Tionghua lawan habis-habisan,” kata MCA Tambun
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/content/content_2093884.html)

3. “BANGKIT LAWAN HABIS-HABISAN POLISI UNTUK MEMPERKENALKAN SEMULA SENI KHAT,” seru bekas Presiden MCA Liow Tiong Lai kepada masyarakat Cina
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/…/%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87…/)

4. “PENGENALAN JAWI TIDAK MAMPU MENINGKATKAN TARAF BAHASA KEBANGSAAN,” kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau di https://www.enanyang.my/…/%E3%80%90%E5%8D%8E%E6%B7%A1%E5%B…/)

5. WANG RINGGIT ADA TULISAN JAWI: WEE KA SIONG SINDIR ‘LEBIH BAIK DR MASZLEE PERGI MAIN WAU’
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/…/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7…/)

6. WEE KA SIONG (PRESIDEN MCA) SINDIR TEO NIE CHING (TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN DARI DAP) SEBAGAI ‘MAK CIK JAWI’
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/…/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7…/)

7. “TEO NIE CHING TIDAK HIRAU PANDANGAN MASYARAKAT CINA DALAM KEPUTUSAN MELAKSANAKAN SENI KHAT,” kata MCA Pasir Gudang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094719.html)

8. “TEO NIE CHING TIDAK HIRAU SUARA MASYARAKAT CINA MEMBANTAH SENI KHAT,” kata Wakil MCA Pulau Pinang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094575.html)

9. “TEO NIE CHING BALAS MASYARAKAT CINA DENGAN MELAKSANAKAN SENI KHAT DALAM SILIBUS SJK(C),” kata Ketua Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Dr Tee Ching Seng
(Dimuatnaik oleh MCA di http://mca.org.my/1/Content/SinglePage…)

10. “PENGENALAN SENI KHAT BUKAN CARA BAIK MENGHAYATI BAHASA KEBANGSAAN,” kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/…/%E8%AE%A4%E8%AF%86%E7%88%AA%…/).[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here