Beranda Nasional MCA Hasut Cina guna Mandarin Tuntut kerusi TPM bagi Kit Siang

MCA Hasut Cina guna Mandarin Tuntut kerusi TPM bagi Kit Siang

Kuala Lumpur, MI: Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng sekali lagi didakwa menghasut masyarakat Cina agar menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Aktivis Adrian Lim Chee En mendedahkan hasutan yang dimuatnaik semalam di Facebook yang menggunakan bahasa Cina itu bertujuan mengelak diketahui orang Melayu.

Adrian menyifatkan tuntutan tersebut sebagai permainan rasis ‘komunis MCA’ dan ‘rasis Umno’.

“Komunis MCA ini licik. Dia tulis dalam bahasa Mandarin kerana dia nak bangkitkan sentimen orang Cina di samping mengelak orang Melayu faham hasutan mereka.

“Tidak apalah. Saya bantu terjemahkan untuk orang Melayu faham. Orang Melayu kena baca betul-betul dan tengok game Komunis MCA tau?

“Seperti yang saya selalu katakanlah. Inilah game rasis Umno dan komunis MCA,” tegasnya sambil melampirkan pautan hantaran MCA itu.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline di Facebook atas nama, Lian Tian itu mendapati pautan tersebut sudah dikeluarkan.

Mengulas lanjut, Adrian memberitahu Tan Teik Cheng ialah “pahlawan dan pemimpin perjuangan anti-Jawi” apabila mengepalai gerakan petisyen anti-Jawi untuk menghasut orang ramai pada Ogos tahun lalu.

“Dari petang sampai malam dia duduk di pasar awam untuk ajak orang ramai tandatangan petisyen anti-Jawi,” ujarnya sambil menyertai pautan di Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=vm6-QezpBZI&feature=youtu.be[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here