Home Politik MT Umno: Cadangan Hadi Awang, Annuar Seperti Jawatan PM boleh ‘Dipajak Gadai’,

MT Umno: Cadangan Hadi Awang, Annuar Seperti Jawatan PM boleh ‘Dipajak Gadai’,

Kuala Lumpur, MI: Seorang lagi pimpinan Umno turut menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan agar Muhyiddin Yassin menjadi calon perdana menteri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Mohd Puad Zarkashi dalam hantaran menerusi facebooknya berkata, cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Annuar Musa itu seolah-olah jawatan Perdana Menteri boleh dipajak gadaikan.

“Umno tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri.

“Cukuplah Umno dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk PPBM kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.

“Sebab itu amat pelik apabila TG Hadi Awang dan TS Anuar Musa mencadangkan supaya TS Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15,” katanya.

Katanya, kemenangan besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini adalah “signal” dari rakyat bahawa orang Melayu dan ahli Umno-Pas yang mahu Umno dan Muafakat Nasional (MN) kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon Bebas.

“Keahlian parti Umno dan Pas hampir 5 juta orang manakala keahlian parti Bersatu tak sampai 100,000 orang,” bidas beliau.

Katanya, Umno wajar melihat kepada parti besar seperti PKR dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu, akhirnya mereka yang tergadai.

“Maka jika pemimpin tidak mampu fikir, bagi akar umbi yang fikirkan.

“UMNO kena beringat, konsensus MKT dan pandangan ahli di bawah perlu dihormati,” kata beliau.

Kata bekas anggota Parlimen Batu Pahat itu, keputusan besar seperti memajak gadai jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan dari akar umbi.

“Jangan apa yang terjadi kepada Pakatan Harapan terjadi kepada Muafakat Nasional.

“Apatah lagi rakyat masih tertanya-tanya Muhyiddin-Mahathir ini, kawan atau lawan,” tambahnya.

Terdahulu, Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa berkata Umno dan Pas secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15.

Menurut Annuar, keputusan itu telah dibincang dalam satu mesyuarat bersama.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here