Home Politik Muhyiddin Calon PM, Puad Zarkashi: Lima Suara Besar UMNO Tidak Setuju

Muhyiddin Calon PM, Puad Zarkashi: Lima Suara Besar UMNO Tidak Setuju

BATU PAHAT 09 SEPTEMBER 2016. ( BH JBH976F / METRO JB421H ) Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada Majlis bantuan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir di Masjid Bentera Luar, Batu Pahat turut kelihatan Timbalan Ketua UMNO Batu Pahat, Zaidi Jaafar (kanan). NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Shah Alam, MI: Kenyataan terbaru Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang secara terang menzahirkan rasa kurang senang dengan pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menambahkan satu lagi jumlah tentangan daripada pemimpin UMNO.

Puad memberi pandangan rasa khuatir terhadap masa depan UMNO yang didakwa berisiko tergadai dengan cadangan pencalonan jawatan tersebut.

“UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri. Cukuplah UMNO dipajak oleh mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, empat nama besar UMNO dengan lantang menyuarakan rasa tidak setuju berhubung pendirian UMNO dan Pas itu.

Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah; Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.[sh]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here