Beranda Internasional Pandemik Covid-19, Firma Minyak Mexico Kurangkan Pekerja di Pelantar

Pandemik Covid-19, Firma Minyak Mexico Kurangkan Pekerja di Pelantar

Mexico, MI: Syarikat petroleum Mexico, Petroleos Mexicanos (PEMEX) mula mengurangkan pekerjanya di pelantar minyak Teluk Mexico sebagai sebahagian usaha untuk menangani penyebaran COVID-19. Ia hanya membenarkan kakitangan yang penting sahaja untuk terus bekerja.

Dalam satu kenyataan, PEMEX berkata pekerja telah mula dikeluarkan dari pelantar itu ketika kerajaan Mexico melaksanakan langkah lebih ketat untuk memerangi coronavirus sejak memasuki fasa tertinggi peringatan kesihatan awam minggu lalu.

Ia berkata, seramai 259 pekerja pelantar telah dikeluarkan pada Ahad di bandar pelabuhan Teluk Ciudad del Carmen.

“Daripada jumlah itu, 76 adalah pekerja PEMEX manakala selebihnya adalah pekerja daripada firma yang bekerja untuk syarikat minyak negara itu,” katanya.

PEMEX setakat ini mengesahkan berlaku 248 kes COVID-19 dan 28 kematian dengan lima kematian adalah membabitkan pekerja syarikat itu, 14 adalah pekerja yang telah bersara, seorang pekerja luar dan lapan adalah saudara pekerja.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menjadikan peningkatan output di PEMEX sebagai keutamaan terbesar pentadbirannya.[BH]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here