Beranda Internasional Pandemik Covid-19: Indonesia, India dan Rusia Kini Jadi Tumpuan Kes

Pandemik Covid-19: Indonesia, India dan Rusia Kini Jadi Tumpuan Kes

Kuala Lumpur, MI: Jumlah yang dijangkiti Covid-19 kini melepasi angka satu juta orang di dunia (1,004,791 kes, 51,578 meninggal) dengan negara-negara membangun dan mundur mula menunjukkan tanda-tanda mereka akan menerima kesan yang teruk.

Walaupun pada peringkat awalnya Indonesia menafikan ada antara rakyatnya dijangkiti wabak ini, kini 170 orang sudah meninggal dunia akibat wabak ini. Jumlah yang disahkan positif Covid-19 kini 1,790 di negara itu dengan 113 disahkan positif dan 13 orang meninggal semalam.

Di India pula, walaupun dikatakan negara yang banyak makan kari yang panas akan terselamat, kini mencatatkan peningkatan ketara. 14 meninggal semalam manjadikan jumlahnya 72 manakala kes baru yang dicatatkan adalah 538 semalam menjadikan jumlahnya 2,536 menyertai negara-negara utama diserang wabak ini.

Rusia juga mencatatkan peningkatan mendadak apabila mencatatkan 3,548 kes dengan 771 kes baru semalam sahaja. Sementara itu, sebuah lagi negara memotong China dalam negara-negara utama diserang wabak ini iaitu Jerman.

Negara itu yang mencatatkan jumlah kes positif 84,600 dengan 1,097 kematian menyertai Amerika Syarikat, Italy dan Sepanyol yang sudah memotong China yang menjadi tempat pertama kes Covid-19.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here