Home Opini PAS PATUT BERTANDING SEMUA KERUSI PARLIMEN PANTAI TIMUR

PAS PATUT BERTANDING SEMUA KERUSI PARLIMEN PANTAI TIMUR

TUHAN HANYA BERSAMA MEREKA BUKAN ORANG LAIN?

MSO

Walaupun cadangan naib Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadzli Shaari seperti khayalan, tetapi ia ada munasabahnya. Fadzli semasa menggulung perbahasan di Muktamar melontarkan cadangan agar Pas bertanding semua kerusi parlimen di negeri negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis dalam pilihan raya akan datang yang semuanya berjumlah 40 kerusi.

Sebelum itu Dewan Pemuda telah meluluskan usul agar Pas bertanding sekurang kurangnya 50 kerusi dalam Piraum akan datang.

Sasaran kerusi di empat buah negeri itu sebagai untuk mencukupi 73 kerusi kira kira 1/3 daripada 222 kerusi parlimen. Angka 73 kerusi itu logik untuk Pas muncul menjadi king maker lebih gagah lagi sekaligus menjadi tulang belakang kepada kerajaan bakal dibentuk nanti.

Pas patut jadi idea yang dilontarkan oleh Dewan Pemuda itu sebagai kerangka besar parti tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Cuma apa yang jadi sedikit suspen hanya Pemuda yang berpandangan jauh, tetapi sayap atau dewan dewan lain seperti Muslimat seakan masih mengunci mulut. Begitu juga dengan sayap Ulama masih belum memberi apa apa reaksi berhubung cadangan Dewan Pemuda itu. Kelab penyokong juga masih tidur.

Apakah dalam Pas hanya Dewan Pemuda yang berpandangan jauh dan punyai iltizam tinggi sementara dewan dewan lain pandangannya masih terbatas dan terhad?Trims.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here