Home Politik PAS: PKR sertai Kerajaan PN Hanya Spekulasi

PAS: PKR sertai Kerajaan PN Hanya Spekulasi

Kuala Lumpur, MI: Pertemuan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya baru-baru ini untuk menyatakan penyertaan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata.

Menurut Pas, tiada keperluan untuk PN membuka pintu buat Anwar dan PKR yang sebelum ini telah banyak membuat onar dengan kredibiliti yang sangat diragui rakyat apa lagi melantiknya pula sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Sanggup dan tergamakkah Anwar dan PKR menceraikan DAP dan PAN yang sebelum ini banyak berkorban buatnya?” soal Roslan Shahir Mohd Shahir dalam kenyataanya seperti dipetik Harakahdaily..

Katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, spekulasi itu sekadar mahu mengganggu kelicinan dan kelancaran perjalanan Kerajaan PN yang disifatkanya walaupun baharu berusia dua bulan tetapi telah jauh menunjukkan prestasi dan memenangi keyakinan rakyat.

“Munasabahkah PN yang terdiri dari Bersatu, BN dan Pas yang disokong GPS dan beberapa parti di Sabah yang kini membentuk Kerajaan Persekutuan mahu membuka laluan buat kemasukan PKR dan mengangkat pula Anwar sebagai TPM sedangkan di sana tiada keperluan pun?

“Bolehkah mereka yang dipecat dari PKR yang kini menganggotai PN menerima Anwar dan gerombolan PKR nya dengan senang? Bolehkah BN dan PAS terima Anwar?” soal beliau.

Terdahulu, Anwar Ibrahim telah berjumpa Muhyiddin di Putrajaya bagi membincangkan mengenai langkah menangani wabak COVID-19.

Ekoran pertemuan itu, pelbagai spekulasi muncul antaranya konon dalam perjumpaan 45 minit itu Anwar telah menyatakan kesediaan partinya PKR untuk menyertai Kerajaan PN tanpa membawa DAP atau dan dikatakan mengenakan syarat yang beliau harus diangkat sebagai TPM.[MD]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here