Home Opini Pengikut PAS dah boleh pakat-pakat cari pengganti Hadi Awang

Pengikut PAS dah boleh pakat-pakat cari pengganti Hadi Awang

Hadi Awang

POJOK | Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang antara individu yang paling lantang mengkritik hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali bertanding pilihan raya.

Katanya, tokoh berusia 94 tahun itu lebih baik kerja di Klinik 1Malaysia daripada bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Alih-alih, selepas Pakatan Harapan yang diketuai Dr Mahathir menang dan bentuk kerajaan, nada Hadi Awang bertukar 180 darjah.

Tiba-tiba dia mahu sokong (baca:ampu) Dr Mahathir pula. Katanya, nak buat usul undi percaya untuk mendukung kepimpinan Pengerusi Bersatu itu.

“Hadi Awang dah buang tebiat ke?” begitulah reaksi awal pengikut PAS sebelum disuruh wala’ dengan keputusan parti.

Mungkin pengikut-pengikut PAS yang sebegini dah boleh berkira-kira untuk cari pemimpin lain untuk ganti Hadi Awang.

Mereka mungkin boleh cadangkan Mohd Amar Abdullah. Timbalan Menteri Besar Kelantan itulah, yang pertahankan pembelian 14 kereta mewah bernilai hampir jutaan ringgit jenama Mercedes untuk kegunaan pemimpin-pemimpin parti Islam itu.

“Ambo kena tunjuk juga kehebatan seorang pemimpin Islam,” kata Mohd Amar bila ada pengikutnya persoalkan kenapa kerajaan negeri PAS Kelantan beli kereta mewah.

Kenyataan Mohd Amar itu sudah menjadi alasan yang cukup untuk pengikut-pengikut PAS menyokong gerakan mengangkatnya menggantikan Hadi Awang yang dah tak relevan dan banyak sangat merepeknya.

Mungkin jauh di sudut hati, Naib Presiden PAS itu sudah lama mengintai kedudukan sebagai Presiden.

Bukanlah niat saya nak sibuk sangat hal kepimpinan PAS, tapi pelbagai serangan parti itu terhadap komitmen Pakatan Harapan (PH) berkaitan soal peralihan kuasa agak menjengkelkan halwa telinga. – Roketkini.com

Source: roketkini
Editor: Alvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here