Home Opini Pengkhianat ini akan dihukum oleh rakyat: Abdullah Sani

Pengkhianat ini akan dihukum oleh rakyat: Abdullah Sani

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyelar tindakan beberapa individu dalam Pakatan Harapan (PH) yang dianggap sebagai pengkhianat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) tidak menamakan individu yang dimaksudkan namun menyifatkan tindakan itu telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

“Dia khianat kepercayaan rakyat, mereka masuk dari pintu belakang.

” Saya pasti pengkhianat ini akan dihukum oleh rakyat yang telah diberi mandat.

Ditanya, angka pengkhianat dan tindakan yang akan dilakukan ke atas mereka katanya, PH bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tunggu dan bersiap sedia. Dua tiga ekor nyamuk ini nanti kita bunuh,” katanya sebelum beredar dari kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut kira-kira jam 11 malam.

Terdahulu, kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu dipenuhi ratusan penyokong menghadiri Majlis Zikir Nuril Anwar bersama Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim bermula jam 6 petang.

Turut hadir Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew yang tiba jam 10.10 malam sebelum beredar 30 minit kemudian.

Yee Kew ketika ditanya berhubung program itu tidak mengulas lanjut.

“Buat masa ini tak ada sebarang perkembangan, masih tunggu sebelum apa-apa keputusan diambil,” katanya ringkas sebelum beredar.

Sekitar jam 10 malam, turut kelihatam memasuki kediaman Anwar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Cik.

Difahamkan Anwar keluar meninggalkan kediaman jam 10.30 malam menaiki sebuah kenderaan selepas beberapa minit Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tiba.

Source: sinarharian
Editor: Alvin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here