Home Politik Penyokong Najib: Muhyiddin Gelabah, Mohon Untuk Masuk MN

Penyokong Najib: Muhyiddin Gelabah, Mohon Untuk Masuk MN

Kuala Lumpur, MI: Penyokong Datuk Seri Najib Razak mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah telah memohon untuk menyertai Muafakat Naisonal (MN).

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam dalam siaran langsung melalui facebook beliau memberitahu, Muhyiddin memaklumkan permohonan beliau itu dalam pertemuan beliau dengan ahli Parlimen termasuk dari Barisan Nasional.

“Semalam kita bersedih-sedih, namun hari ini kita terima berita gembira kerana hari ini orang yang telah menjatuh hukuman penjara kepada Datuk Seri Najib sudah gelabah, bakal kehilangan jawatan perdana menteri.

“Dan hari ini tuan puan, dia sudah jumpa MP Barisan Nasional dan nyatakan hasrat mahu masuk Muafakat Nasional,” kata Lokman dalam siaran langsung itu sambil ketawa besar.

Menurut Lokman, sebelum ini ketika pemimpin Umno menjemput Muhyiddin menyertai semula Umno dan Muafakat Nasional, ia telah ditolak.

“Hari ini, apabila MP Umno mahu menarik diri dari Perikatan Nasional, dia menyatakan hasratnya mahu menyertai Muafakat Nasional.

“Saya nak tanya kawan-kawan ni, kita nak bagi ke ‘musibat’ ni masuk Muafakat Nasional,” tanya Lokman dalam kenyataan beliau itu.

Lokman menegaskan, sebelum ini beliau yakin Umno berlapang dada menerima Muhyiddin tetapi tidak lagi selepas Najib dijatuhkan hukuman penjara.

“Saya yakin, selepas apa yang dia lakukan ke atas Datuk Seri Najib, bukan setakat saya, bahkan rakyat Malaysia tidak boleh terima lagi,” kata Lokman.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here