Home Politik ‘Perang Sosial’ Tun M, Najib: ‘Dia Mana Ada Letak Jawatan’

‘Perang Sosial’ Tun M, Najib: ‘Dia Mana Ada Letak Jawatan’

Kuala Lumpur, MI: ‘Perang sosial’ antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak bagai tidak berkesudahan.

Terbaharu, Najib bernada sinis di Twitternya hari ini berhubung kenyataan tidak letak jawatan Dr Mahathir. Najib secara sinis berkata; “Dia mana ada letak jawatan.

Dia tak letak jawatan. Tak ada, tak ada,” di Twitter beliau hari ini. Kedua-dua mereka dilihat sering membalas serangan demi serangan di media sosial sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lagi.

Semalam, Dr. Mahathir berkata beliau tidak meletakkan jawatan dan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak faham Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak letak jawatan tapi ahli-ahli daripada kerajaan ini (Perikatan Nasional) mungkin tak faham cara-cara Perlembagaan Persekutuan, apabila parti Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan maka gabungan pun jatuh, tidak jadi kerajaan lagi.

“Kalau dia (PH) tak jadi kerajaan macam mana saya nak jadi Perdana Menteri kita sudah tidak jadi kerajaan menteri termasuk kepada menteri, jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi saya sudah tidak ada jawatan.

“Saya fikir payah nak difahamkan, ini berkali-kali macam tak boleh dengar,” katanya ketika di Dewan Rakyat, semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan Perdana Menteri apabila PH sudah tidak lagi menjadi kerajaan.[mg]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here