Home Politik Pertahankan Mandat Rakyat, Aminuddin Yakin Setiakawan Amanah dan DAP

Pertahankan Mandat Rakyat, Aminuddin Yakin Setiakawan Amanah dan DAP

Kuala Lumpur, MI: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun melahirkan rasa yakin atas setiakawan yang ditunjukkan AMANAH dan DAP dalam mempertahankan mandat rakyat yang diperoleh pada PRU14 yang lalu.

Beliau berkata, amanah yang dipikul atas kepercayaan rakyat perlu diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja menyantuni rakyat di semua lapisan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun di Majlis Penutup Lawatan Kerja Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu ke Negeri Sembilan semalam.

Aminuddin berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penutup Lawatan Kerja Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu ke Negeri Sembilan semalam.

PRU14 yang lalu memperlihatkan sejarah kali pertama pembentukan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan bersama gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP, Amanah dan Bersatu.

“Keikhlasan dan kesungguhan jentera parti sangat diharapkan mampu memberikan manfaat buat seluruh rakyat Negeri Sembilan khususnya,” katanya.

Mohamad Sabu dalam program lawatan kerjanya untuk menghuraikan krisis politik negara kepada akar umbi untuk diterima dengan baik.

Penerangan itun merupakan kunci kekuatan AMANAH untuk menerajui Pakatan Harapan memperjuangkan agenda perubahan dan membela rakyat.

Sejak beberapa minggu lalu AMANAH membuat lawatan kerja turun ke negeri-negeri bersama Jawatankuasa Pimpinan yang lain memberikan penjelasan yang tepat kepada ahli-ahli parti terutama berkaitan perkembangan yang berlaku sejak mandat Pakatan Harapan tumbang empat bulan yang lalu.

Mohamad diajukan soalan-soalan panas dan dijawabnya tanpa berselindung dengan tenang dan jelas satu persatu.

Turut bersama Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here