Home Nasional PM Muhyiddin: Kedudukan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Membimbangkan

PM Muhyiddin: Kedudukan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Membimbangkan

Kuala Lumpur, MI: Kedudukan pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini berada pada tahap 16 peratus, jumlah yang semakin merosot. Memaklumkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peratusan yang dicatatkan itu adalah sesuatu yang membimbangkan.

Justeru katanya, apa yang penting ketika ini adalah usaha yang mahu dilaksanakan kerajaan bagi meningkatkan jumlah pemilikan berkenaan.

“Komitmen kita adalah untuk berusaha lebih daripada dahulu dan sebab itu, ada inisiatif baharu seperti Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang akan meneliti apakah sektor, yang mana Bumiputera agak jauh di belakang.

“(Sebagai contoh) katakanlah sektor pembuatan, perbankan atau pertanian. Apabila ada data lengkap yang dapat dikumpul melalui unit TERAJU, maka tindakan kita lebih berfokus, dan sebab itu inisiatif ini akan kita laksanakan dengan lebih gigih lagi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) mengenai kedudukan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat tersenarai, tidak tersenarai dan kedudukan agensi amanah Bumiputera.[bh]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here