Home Opini PRU 15 ANTARA 4 PARTI

PRU 15 ANTARA 4 PARTI

A.S BOLEH PRU MENGAPA PERLU DARURAT ELAK PRN SARAWAK?

Piraum ke-15 nanti akan didominasikan oleh buah empat parti, Umno, Pas, PKR dan DAP. Kerajaan Malaysia selepas pilihan raya itu nanti akan ditentukan oleh parti-parti ini. Parti-parti lain hanya abuk dan sekan sahaja yang tidak memberi apa-apa impak pun kepada pilihan raya berkenaan, kecuali parti di Sabah dan Sarawak.

Jadi kepada mereka yang ingin menerus politik sehingga pilihan raya akan datang pilihlah antara empat buah parti itu. Itu saja pilihan terbaik dan tidak membuang masa. Dari empat itu dua parti berorentasikan Melayu dan agama, sebuah parti berorentasi Cina dan sebuah parti ian bersifat multi-racial.

Penentuan kerajaan selepas pilihan raya akan ditentukan oleh empat buah parti ini sahaja. Mekanisme penentu kepada kerajaan nanti ialah terbentuknya kerjasama antara satu sama lain.

Kerjasama itu boleh dibentuk sebelum pilihan raya, atau pun selepas selesai pilihan raya. Sekiranya pembentukan dibentuk sebelum pilihan raya, bermakna perlawan akan berlaku dua kelompok sahaja, blok A atau blok B. Tetapi kalau gabungan itu dibentuk selepas pilihan raya, menyebabkan akan berlaku empat penjuru secara mendada.

Pembentukan gabungan bagi menjadi dua blok kini masih terbuka walaupun sudah ada lakarannya kini. Blok yang terlakar kini terdiri daripasa Umno – Pas dan Bersatu. Tetapi blok ini masih longgar. Blok kedua terdiri daripada PKR dan DAP. Blok ini juga masih berpeluang untuk ditempel dengan mana-mana parti dominan lain termasuk Umno.

Kesimpulannyai pilihan raya akan datang bakal mengobekkan satu naratif baru dalam politik Malaysia.

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here