Home Ekonomi Ringgit Dibuka Rendah Berbading Dolar AS

Ringgit Dibuka Rendah Berbading Dolar AS

Kuala Lumpur, MI: Ringgit memulakan minggu ini dengan dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan penurunan harga minyak mentah dan pengumuman data ekonomi suku pertama China yang lebih lemah daripada dijangkakan.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit dibuka rendah sedikit kepada 4.3680/3780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3650/3750 Jumaat minggu lepas.

Harga minyak mentah terus tidak menentu meskipun Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari pada minggu lalu apabila para pelabur masih bimbang dengan impak daripada pandemik Covid-19.

Pada jam 9.31 pagi, penanda aras harga minyak mentah berada pada AS$27.65 setong, turun 1.53 peratus daripada sesi penutup sebelumnya.

China menyaksikan keluaran dalam negara kasarnya susut 6.8 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2020, lebih lemah daripada jangkaan 6.5 peratus analisis oleh Reuters.

Sehubungan itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran GlobalAxiCorp, Stephen Innes berkata, ringgit dijangka kekal sederhana sehingga harga minyak meningkat semula.

“Dan penggunaan China serta eksport kembali rancak semula,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Pada pembukaan hari ini, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. Unit tempatan susut berbanding yen kepada 4.0482/0586 daripada 4.0465/0562 pada Jumaat minggu lalu dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4521/4659 daripada 5.4200/4342.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.7441/7563 daripada 4.7216/7338 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0668/0755 daripada 3.0621/0702. – [Bernama]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here