Home Ekonomi Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS berikutan unjuran ekonomi positif

Ringgit terus kukuh berbanding dolar AS berikutan unjuran ekonomi positif

Kuala Lumpur, MI: Ringgit meneruskan momentum peningkatan minggu lepas berbanding dolar AS hari ini didorong oleh sentimen pasaran yang positif berikutan ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai kesinambungan aktiviti perniagaan dan ekonomi negara, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan menokok kepada 4.2600/2650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2630/2680 pada Jumaat.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, sektor ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 kini kembali rancak dan jika trend ini berterusan, ekonomi negara dapat pulih dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau membayangkan kepayahan yang akan dihadapi oleh rakyat dan negara sekiranya “lockdown” (sekatan pergerakan) dilaksanakan semula susulan peningkatan kes dengan mendadak.

Ini berikutan kebimbangan mengenai kes Covid-19 yang kembali mencatatkan 2 angka akhir-akhir ini.

“Ini bagaimanapun menunjukkan aktiviti ekonomi dan perniagaan akan diteruskan, namun dalam normal baru dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan,” kata peniaga.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang penanda aras yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0639/0681 daripada 3.0658/0698 Jumaat lepas dan naik berbanding yen kepada 3.9720/9771 daripada 9774/9836.

Unit tempatan bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.3625/3701 daripada 5.3467/3546 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.8798/8860 daripada 4.8649/8719 sebelum ini.

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here