Home Politik ROS: Mohamed Azmin Tiada Mohon Tubuh Parti Baharu

ROS: Mohamed Azmin Tiada Mohon Tubuh Parti Baharu

Putrajaya, MI: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan tiada menerima sebarang permohonan menubuhkan parti politik baharu daripada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ROS dalam satu kenyataan, hari ini, berkata pihaknya telah melakukan semakan rekod mengenai permohonan pendaftaran pertubuhan dan mendapati tiada permohonan dibuat oleh beliau.

Katanya, kenyataan itu dibuat susulan jabatan terbabit menerima beberapa pertanyaan daripada pihak media bagi mendapatkan pengesahan sama ada Mohamed Azmin telah memohon untuk menubuhkan parti politik baharu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin telah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menubuhkan parti politik baharu.

Beliau mengumumkan keluar PKR pada Februari lalu sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).[bernama]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here