Home Politik Shafie Ketua Menteri Sabah yang Sah, Masih Pegang Majoriti

Shafie Ketua Menteri Sabah yang Sah, Masih Pegang Majoriti

Shafie said

Kuala Lumpur, MI: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih Ketua Menteri dan Warisan masih kekal berkuasa di Sabah walaupun usaha sedang dibuat untuk menjatuhkan kerajaannya melalui pembelian wakil rakyat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, Mohd. Shafie masih memiliki sokongan yang cukup untuk mentadbir.

“Shafie masih Ketua Menteri dengan sokongan majoriti yang mencukupi,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh Borneo Today.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd. Shafie lewat malam tadi.

Kenyataan tersebut menjawab teka-teki yang timbul selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan dengan gabungan baharu.

Namun begitu, berita angin terus bertiup kencang tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah berikutan sikap Shafie yang tidak mahu hanya memerintah dengan majoriti mudah yang kecil sahaja.

Ini berikutan tindakan 15 penyokong Warisan sebelum ini diumumkan melompat parti dan menyokong bekas Ketua Menteri yang baru dibebaskan dari pendakwaan, Datuk Seri Musa Aman.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here