Home Politik Shzni Munir: Tukar Speaker Dewan Rakyat Bukti Kerakusan Muhyiddin Berpolitik

Shzni Munir: Tukar Speaker Dewan Rakyat Bukti Kerakusan Muhyiddin Berpolitik

KUALA LUMPUR, 25 April -- Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika berucap pada Program Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI) Til Eleven Morning Insights di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kuala Lumpur, MI: Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Ithnin menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya bercakap kosong apabila menyatakan tidak mahu lagi menyentuh isu politik ketika ini.

Sebaliknya beliau berkata, Muhyiddin telah memperdaya pandangan rakyat sejak dari awal pentadbiran Perikatan Nasional, di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan disogok dengan jawatan bagi mengekalkan kedudukannya.

Dakwanya, usul terbaharu untuk menukar Speaker Dewan Rakyat adalah satu lagi penunjuk kerakusan Muhyiddin dalam berpolitik.

“Pada 8 Julai 2018 telah menyaksikan ahli Parlimen kerajaan, Ram Karpal Sigh dihalau daripada Sidang Dewan kerana menimbulkan kekecohan.

“Ini sikap adil yang ditunjukkan Speaker Dewan. Media arus perdana juga dibenarkan untuk bergerak bebas di dalam Parlimen tanpa sekatan.

“Maka apakah alasan yang kukuh pentadbiran Muhyiddin mahu mengenepikan Speaker Dewan Rakyat? Melainkan beliau memilih untuk terus berpolitik bagi mengekalkannya di tampuk kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Muhyiddin akan mengusulkan Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming pada sidang Parlimen 13 Julai nanti.

Bagaimanapun, seorang lagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang menyokong Perikatan Nasional (PN) pula akan dikekalkan.

Mohamad Ariff juga mengesahkan menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan termasuk Kor Ming.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan turut mengesahkan usul itu dibawa Perdana Menteri dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat (26 Jun).

Ketika ini ahli-ahli Parlimen pembangkang sepakat membantah cadangan tersebut dan usul berkenaan akan ditentang semasa pengundian di Parlimen nanti.

Pada masa sama, satu petisyen yang mendesak kerajaan untuk tidak meneruskan langkah membawa usul berkenaan, mendapat hampir 13,000 tandatangan dari sasaran sebanyak 15,000 sokongan.

Sementara itu, menurut Shazni, pembaharuan yang dibuat terhadap Parlimen sejak pasca pembentukan kerajaan baharu dahulu, sebagai bukti Yang Dipertua Dewan Rakyat itu harus kekal di jawatan tersebut.

Katanya, ini dapat dibuktikan melalui kejayaan Mohamad Ariff mengembalikan sepenuhnya fungsi institusi Parlimen dengan penubuhan beberapa Jawatakuasa Pilihan Khas, serta membuka semula ruang Parlimen untuk masyarakat awam.

Tegasnya, ikrar yang diulang kononya kerajaan akan meletakkan fokus bagi membina negara pasca Covid-19 hanyalah retorik bagi memperbodohkan minda rakyat.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here