Home Politik Sogok: Mahathir mudah lupa – Puad

Sogok: Mahathir mudah lupa – Puad

KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

Kuala Lumpur, MI: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan apa yang berlaku di Sabah hingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terpaksa dibubarkan adalah contoh rasuah yang paling buruk.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bertanya, adakah Mahathir lupa tindakannya menerima Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti, bukankah mereka juga disogok.

Malah, soalnya, apakah tindakan Mahathir memberikan jawatan Menteri Kewangan kepada Lim Guan Eng bukan rasuah sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah berjanji untuk melantiknya menerajui Kementerian Kewangan.

Mohd Puad mendakwa Mahathir ‘menipu’ Muhyiddin untuk memastikan DAP tidak lari dan menyokongnya menjadi Perdana Menteri.

”Bahkan DAP dapat 6 jawatan Menteri. Itu bukan sogokan? ‘Kini Mahathir tuduh 13 ADUN Sabah yang belot itu disogok,” ujarnya.

Malah, katanya, Mahathir mendakwa rasuah kembali di Sabah kerana ia didokong oleh orang yang dulu kuat menentang rasuah tentunya individu yang dimaksudkan beliau ialah Muhyiddin.

”Tuduhan itu dibuat kerana Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Nardin, Setpol (Setiausaha Politk) Muhyiddin turun ke Sabah dan jumpa TYT (Yang Dipertua) Sabah,” tambah Mohd Puad.

Beliau berkata, inilah musibah apabila kerajaan majoriti hujung tanduk.

”Gejala sogok bermaharajalela. Sebab itu bubar sahaja Parlimen. Biar rakyat pilih kerajaan majoriti kukuh,” katanya

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here