Home Nasional SPR Tidak Bercadang Laksana Undi Pos Untuk PLK Sabah dan Sarawak

SPR Tidak Bercadang Laksana Undi Pos Untuk PLK Sabah dan Sarawak

Kuala Lumpur, MI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak tidak bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di luar Sabah seperti di Sarawak atau Semenanjung Malaysia.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom, pihaknya mengambil maklum saranan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Global Bersih melalui kenyataan media pada 5 Ogos 2020 supaya SPR memberi kemudahan undi pos kepada Pengundi Luar Kawasan (PLK) bagi pelaksanaan pilihan raya umum Dewan Undangan bagi Negeri Sabah ke-16.

Katanya, sebarang penambahbaikan hanya boleh dilakukan jika dan apabila ketelusan proses pemilihan dapat dikekalkan.

“SPR akan terus berusaha memperbaiki proses pengundian pos, selain daripada meneroka pilihan alternatif untuk PLK.

“SPR memberi perhatian yang sewajarnya di bawah pelan penambahbaikan dengan sebuah Jawatankuasa yang dibentuk khusus untuk mengkaji isu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ia adalah satu proses yang tidak boleh tergesa-gesa dan apa-apa penambahbaikan mesti dilakukan dengan berhati-hati.

Berhubung dengan pemberhentian sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS) Pos Malaysia ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura sejak 3 Ogos lalu, SPR melalui Pos Malaysia akan menggunakan khidmat kurier antarabangsa bagi penghantaran sampul undi pos luar negara untuk pilihan raya kali ini.

Terdahulu, Bersih Sarawak menyarankan SPR untuk menimbangkan menggunakan kaedah undi pos kepada rakyat Sarawak dan Sabah yang tinggal di Semenanjung.

Berikutan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku pada masa sekarang, ujarnya turut menghalang rakyat Sabah dan Sarawak untuk balik mengundi.

Katanya, dengan risiko kesihatan dan masalah pengangkutan awam, tambang untuk terbang ke kampung halaman menyeberangi Laut China Selatan kini agak mahal kerana permintaan yang kurang dari pelanggan menyukarkan lagi pengundi untuk balik ke kawasan masing-masing.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here