Home Nasional Tak Sampai 2 bulan, Kerajaan PN Dah Jual Aset Negara

Tak Sampai 2 bulan, Kerajaan PN Dah Jual Aset Negara

Kuala Lumpur, MI: “Eh tak sampai 2 bulan, kerajaan dah mula jual aset negara?” Itulah komen yang dibuat terhadap tindakan kerajaan melalui Khazanah yang dilaporkan akan menjual 74 juta sahamnya dalam Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut laporan media, Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjual 1.45% sahamnya dalam TNB dengan harga RM1.17 bilion.

“Rupanya ini trend standard BN. Tahun 2015 dan tahun 2016 pun sama.

“Bolehlah penyokong MN (Muafakat Nasional) teruskan meratib ‘jual aset negara, ini semua salah DAP,” tulis Liyana Marzuki, bekas pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui Facebook beliau.

Tulisan ini dipercayai mempersendakan tindakan penyokong Umno dan Pas sebelum ini yang sentiasa mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menjual harta negara.

Menurut media, langkah penjualan saham TNB ini akan mengurangkan pegangan Khazanah dalam TNB sebanyak 1.3%.

Harga yang diminta untuk penjualan ini adalah antara RM11.83 dan RM12.30 setiap satu. Harga saham TNB dalam niagaan terakhir semalam adalah RM12.30 setiap satu. April tahun lepas, Khazanah mempunyai 85 juta saham dalam TNB.[MD]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here