Beranda Nasional Tarik Diri dari PH Plus, Mahathir Umum Putus Kerjasama dengan PKR

Tarik Diri dari PH Plus, Mahathir Umum Putus Kerjasama dengan PKR

Kuala Lumpur, MI: Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan Plus (PH Plus) yang terdiri dari PH, Mahathir dan Warisan, selain mengumumkan hanya akan berkerjasama dengan AMANAH dan DAP.

Mahathir dalam satu temubual bersama Sin Chew Daily hari ini berkata, beliau juga dengan itu tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya.

Ia selepas penolakan PKR terhadap cadangan mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana dia tidak mahu bekerja dengan saya.

“Saya perlu cari cara lain untuk jadi Perdana Menteri. Mungkin ada cara lain

“Dengan cara ini, barulah saya dapat menumbangkan kerajaan dan PM pintu belakang,” katanya.

Empat hari lalu, PKR memaklumkan kekal dengan konsensus dicapai PH untuk mencalonkan Presiden mereka, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

PKR bagaimanapun berkata, mereka tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya.

Namun tegasnya, PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kekal dengan konsensus yang dicapai gabungan itu.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here