Home Politik Tidak Sertai PN: Umno Beritahu Pas, Ini Keputusan Bersama Mereka

Tidak Sertai PN: Umno Beritahu Pas, Ini Keputusan Bersama Mereka

PUTRAJAYA 17 NOVEMBER 2017. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. NSTP/ROSELA ISMAIL

Kuala Lumpur, MTN – Umno menegaskan keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah keputusan bersama mereka dan bukan pendirian presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki terhadap kenyataan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata, Pas tidak diberi maklum tentang keputusan Umno itu.

“Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS YB Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Pas tidak maklum akan keputusan Umno enggan menyertai Perikatan Nasional.

“Ini kerana dalam dua Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), Umno tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan akar umbi yang tidak mahu Umno menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik,” katanya.

Menurut Asyraf, hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu Umno kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Pas dalam MN.

“Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi Umno,” kata Asyraf dalam satu kenyataannya.

Bahkan, katanya, pendirian ini telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili Umno dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi Pas.

“Namun sebagaimana yang ditegaskan, UMNO akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU-15,” katanya seolah-olah sedar bahawa Tan Seri Muhyiddin tidak akan tunduk kepada permintaan Umno agar Parlimen dibubarkan untuk diadakan pilihan raya segera.

Kesepakatan juga, katanya, dicapai dengan kepimpinan Pas untuk terus memperkukuhkan MN tanpa sekelumit perasaan untuk menggagalkan Kerajaan PN yang dibentuk bersama.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here