Home Politik Tiga MP Umno Tolak Muhyiddin Kekal PM Selepas PRU-15

Tiga MP Umno Tolak Muhyiddin Kekal PM Selepas PRU-15

Kuala Lumpur, MI: Tiga ahli Parlimen Umno setakat ini sahih menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri untuk gabungan Perikatan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Penolakan tersebut dibuat selepas Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa Umno dan Pas bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU-15, setelah perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat baru-baru ini.

Setakat ini, tiga pemimpin yang tidak bersetuju antaranya Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah; Pengerusi Umno Sabah, Datuk Sri Bung Moktar Radin; dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua hari lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh menyatakan tidak akan menyokong Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri jika pilihan raya diadakan.

“Saya tak rasa begitu. Susunan di dalam Perikatan Nasional (seperti sekarang) hanyalah semata-mata demi memastikan kestabilan. Bila kita berdepan dengan PRU, itu satu situasi yang berbeza. Umno akan fikir dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar pula memaklumkan akan bertemu Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan Umno mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Bung Moktar dilapor berkata, setakat ini beliau masih belum mendapat maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.

Manakala pada semalam, Khaled Nordin berkata, walaupun ketika ini Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon PM, beliau meminta agar Umno agar tidak terburu-buru mengehadkan pendiriannya.

Ini kerana katanya, Umno mempunyai ramai calon yang berpotensi untuk diketengahkan termasuklah Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here