Home Politik Umno Tuntut Azmin Buktikan ‘Pejuang atau Pejuwang’

Umno Tuntut Azmin Buktikan ‘Pejuang atau Pejuwang’

BATU PAHAT 09 SEPTEMBER 2016. ( BH JBH976F / METRO JB421H ) Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pada Majlis bantuan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir di Masjid Bentera Luar, Batu Pahat turut kelihatan Timbalan Ketua UMNO Batu Pahat, Zaidi Jaafar (kanan). NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Kuala Lumpur, MI: Umno menuntut Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar turun habis-habisan membantu calon Umno dalam Pilihan raya kecil Slim supaya rakyat boleh putuskan “siapa pejuang, siapa pejuwang”.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam satu posting di facebook beliau turut menuntut agar pemimpin Bersatu membukti mereka betul-betul menyertai Muafakat Nasional (MN) dengan turun habis-habisan di PRK itu.

“Bersatu pula, kalau betul join MN dan Mahathir adalah lawan, turunlah habis habisan bantu calon Umno. Azmin pun sama. Jangan setakat tunjuk muka macam di Chinni. Biar rakyat putuskan “siapa pejuang, siapa pejuwang,” kata Puad dalam tulisan itu.

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad telah menamakan parti baru yang beliau dan penyokongnya bentuk adalah Parti Pejuang Tanahair atau ringkasnya Pejuang.

Umno sentiasa tidak berpuashati dengan Tun Mahathir, kepimpinan Bersatu dan Azmin yang disifatkan oleh mereka telah memfitnah Umno sehingga kerajaan BN jatuh dalam PRU ke 14 lalu.

Bekas Ahli MT Umno, Lokman Noor Adam sebelum ini mengecam Muhyiddin dan juga Azmin.[md]

Source:
Editor: Ahza Abdul Basit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here