PETALING JAYA – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan ‘ribut peletakan jawatan’ dalam Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini tidak sebesar yang dijangka.
Ini kerana kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ‘ribut’ tersebut tidak berlaku di peringkat kawasan ataupun Parlimen.
“Alhamdulillah, melihat kepada ‘ribut peletakan jawatan’ dalam Perikatan Nasional yang berlaku sehari dua ini, ia tidaklah sebesar seperti yang dijangka.
“Di peringkat kawasan atau Parlimen pun, tidaklah berlaku ribut yang sama,” tulisnya pada hantaran di laman Facebook.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, ramai lagi pengerusi PN di peringkat negeri dan kawasan yang masih menggalas mandat.
Malah katanya, kesemua pemimpin itu masih menunggu arahan kerja dari Pengerusi PN yang baharu.
“Insya-Allah Perikatan Nasional akan terus mara ke depan dengan semangat baharu. Selamat Tahun Baharu 2026,”katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa nama besar dalam PN telah meletakkan jawatan dalam pakatan tersebut termasuklah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pengerusi di peringkat negeri. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ribut’ peletakan jawatan tidak sebesar yang dijangka – Ahmad Fadhli appeared first on Kosmo Digital.
https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/ribut-peletakan-jawatan-tidak-sebesar-yang-dijangka-ahmad-fadhli/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=wordpress&utm_campaign=ribut-peletakan-jawatan-tidak-sebesar-yang-dijangka-ahmad-fadhli




