TANAH MERAH: Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin, secara rasminya mengumumkan Parti Wawasan Negara sebagai wadah politik atau ‘rumah’ baharu bagi kumpulan gerakan ‘Reset’.
Pengumuman eksklusif itu dibuat oleh Ahli Parlimen Larut berkenaan semasa berlangsungnya Konvensyen ‘Reset’ Malaysia sulung di Tanah Merah, Kelantan, hari ini.
Lebih menarik, Hamzah turut mendedahkan bahawa nama “Parti Wawasan Negara” tersebut adalah nama yang dicadangkan dan diberikan sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Langkah ini menandakan permulaan rasmi era baharu bagi jajaran politik blok pembangkang, yang mana entiti baharu ini dijangka akan menggantikan kedudukan pimpinan Bersatu sedia ada dalam kerangka kerjasama politik bersama PAS, Gerakan, dan MIPP di bawah naungan Perikatan Nasional (PN).



