SUNGAI BULOH – Dua buah rumah di Jalan Cemara 5, Saujana Utama musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku sebelum subuh pagi tadi, mengakibatkan kedua-dua kediaman tersebut tidak dapat didiami buat sementara waktu.
Menurut maklumat awal, kebakaran berkenaan melibatkan rumah milik Puan Norli yang mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus, manakala rumah Encik Azlan pula hampir 90 peratus hangus, menyebabkan kerugian besar kepada kedua-dua keluarga.
ADN Paya Jaras, YB Dato Halim Tamuri telah dihubungi berkata, mengikut makluman kedua rumah tersebut didiami keluarga dengan anak-anak menjadikan bantuan segera amat diperlukan. Beliau bersama pejabat khidmat Dun Paya Jaras telah hadir bagi menyampaikan bantuan kecemasan segera. InsyaAllah, pasukkannya akan cuba mendapatkan bantuan lebih baik melalui agensi berkaitan.
“Baru memasuki tahun baharu, mereka sudah diuji dengan dugaan yang berat. Kedua-dua rumah tidak dapat didiami buat sementara waktu. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kejadian yang berlaku pada awal pagi itu mengejutkan penduduk setempat, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa berkaitan telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran, sementara urusan bantuan dan kebajikan kepada mangsa sedang diusahakan.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak berkaitan atau wakil penduduk setempat.
Sertai channel Whatsapp Malaysia Insight untuk berita terkini – klik di sini






