KUALA LUMPUR -Tiga buah rumah setinggan dan dua kenderaan terbakar dalam kejadian berhampiran pekarangan tanah perkuburan Nirvana, Jalan Bellamy di sini hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 7.38 pagi.
Katanya, seramai 24 anggota serta dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu diatur gerak ke lokasi kejadian.
“Setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah, dua buah kontena sejuk beku serta dua buah kenderaan.
“Keluasan kebakaran dianggarkan 784 meter persegi dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, tiada makluman berkaitan penglibatan sebarang mangsa dalam insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga rumah setinggan, dua kenderaan terbakar berhampiran kubur Nirvana appeared first on Kosmo Digital.
https://www.kosmo.com.my/2026/01/23/tiga-rumah-setinggan-dua-kenderaan-terbakar-berhampiran-kubur-nirvana/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=wordpress&utm_campaign=tiga-rumah-setinggan-dua-kenderaan-terbakar-berhampiran-kubur-nirvana




